Rabu, 9 Disember 2020

Problems

 Assalamualaikum pembaca :)


Ni hari mood down pula, banyak yang bermain dalam fikiran... faham2 lah bila suda tua ni, masalah mana pernah selesai..


Actually,,,


Aku sedih la, first soal anak and second pasal hubungan aku dengan family mertua yang terasa sangat jauuhh jauhhh 😢

Sebelum kawin dulu, mmg aku fikir juga soal ni semua, since aku ni spesis ada masalah anxious introvert, aku nda pandai mau bergaul dgn org, aku nda pandai mau blend in dgn org yang aku nda biasa... Kdg tu ak boleh jadi anxiety sb rasa takut mau jumpa org..


Bukan aku nda cuba bah, aku cuba semampu yang aku boleh, tp kdg tu.. aku rasa susah sangat sb aku terlahir dlm krakter begini..💔 , sometime timbul rasa menyesal kawin dgn suami aku, bukan sbb dia x bagus tp sb aku yg spoil..


Bukan ja dengan mama mentua tp also dengan ipar2 perempuan... :'( , aku tau juga diorg pn x selesa sama aku sb aku jenis pendiam ja.. xpandai bawa bckp..well semua salah aku kan..


lepastu soal anak..


Hampir 1 tahun 3 bulan aku kawin, rezeki anak belum ada lagi.. tipu la ba kalau ak nda jeles tgk kwn2 aku yg baru kawin suda pregnant kan.. 😔 tp ak TERPAKSA buat aku nda kisah pdhal dlm hati tu Allah s.w.t ja yang tau...(and suami juga.. sb aku nangis depan dia 😂😂)


Tp syukur lah suami banyak kasi kata2 smngt.. kdg2 aku bfikiran negetif juga yang ak ni yg bermasalah dr segi dalaman, mmndgkn aku ni size besar.. :'(


Bila nampak ada yang share pregnancy test positif.... mood aku pula jd negetif.. haha, sb tu ak elak kan tgk semua2 tu, kalau aku tgk pun aku cepat2 lupakan dgn buat benda lain..


Aku sedih lah.. entah la ni ari aku sedih jak terasa mau meluah.. ak tau blog ni tiada pembaca jd ak berani la meluah.. manatau aku suda tiada.. coretan ni dibaca oleh fmly ku. Haha


Tau ka, lahir sebagai aku tersangat la mencabar dr segi fizikal dan mental..  and aku also tau bukan semua org ikhlas terima aku seadanya.. aku cepat dilupakan.. but thts okay..


Aku pernah cakap dgm diri aku, asalkan aku nda menyusahkan siapa2, issokay aku dilupakan.. sb hidup ku ni untuk yg benar2 ikhlas terima aku seada nya.. and also.. selama aku susah Allah s.w.t yang banyak tolong aku.. so tell me.. mcm mana ak mau lupakan tu semua..


Aku sentiasa kenang tu sampai akhir hayat aku...


Life is so hard.... so do me...


(Anxious Introvert)
 
Mereka inilah golongan Introvert yang kita selalu sebut sebagai pemalu, tak pandai bersosial, pendiam dan sebagainya.
 
Jangan tertukar dengan Introvert Sosial yang memilih untuk tak bergaul, kerana Introvert Gementar ini sememangnya tak pandai berbicara dengan ramai orang.
 
Sebab itu buku, filem, TV dll ialah kawan baik mereka.
 
Namun kehebatan mereka, apabila sudah ada kenalan yang rapat, mereka akan sangat menjaga hubungan tersebut, dan menghargai persahabatan yang dibina.
 

Mereka fokus pada kualiti, bukan kuantiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dear Allah S.W.T

 Assalamualaikum :) Hari ni blog untuk luahan buat Sang Pencipta, yes! I know sepatut nya luah di tikar sejadah tp aku mau mencoret isi hati...